Skip to main content

Posts

Pesara sedekah sayur ditanam di bahu jalan, tanah terbiar | Berita Harian

Pesara sedekah sayur ditanam di bahu jalan, tanah terbiar | Berita Harian
Recent posts

Cabaran besar ternak benih ikan

  "BUKAN mudah untuk meneruskan 'legasi' yang ditinggalkan kerana mungkin ada yang berpendapat jika tidak mengeluarkan modal untuk perniagaan hasil warisan orang tua, ia begitu mudah berjaya dalam perniagaan," kata usahawan akuakultur berusia 31 tahun itu. Pemilik nam , Mohd Aminudin Mohd Zaibani yang mengusahakan perniagaan akuakultur menternak benih ikan air tawar sejak 2009 sudah melalui pelbagai cabaran termasuk kecewa apabila benih ikan yang diusahakan mati dalam jumlah yang besar. Bercerita mengenai latar belakang permulaannya menyertai bidang itu, katanya, bapanya, Mohd Zaibadi mempunyai 10 kolam yang diusahakan hanya sekadar hobi. Katanya, sejak kecil dia sudah mempunyai minat untuk menceburi bidang berkaitan akuakultur dan mengambil sijil di institusi pengajian tinggi di dalam bidang perikanan. "Jadi, selepas sahaja tamat pengajian pada 2009 saya mengusahakan kolam sedia ada dengan lebih terurus, tetapi lebih kepada penternakan ikan dan bukan dalam jenis